Evolusi Komputer
Komputer merupakan antara peralatan penting dalam kehidupan masa kini.
Boleh dikatakan, setiap sebuah rumah moden akan dilengkapi
sekurang-kurangnya sebuah komputer meja atau komputer riba.
Sejarah komputer sering dirujuk melalui generasi-generasi peralatan
komputer. Ia dibahagikan mengikut aras teknologi semasa komputer itu
dibangunkan.
![]() |
ENIAC |
Generasi Pertama (1940-1956)
Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia dilengkapi dengan tiub vakum (vacuum tubes).
Ia adalah sejenis peratalan yang diperbuat daripada kaca dan
beroperasi sebagai komponen penyimpanan dan pemprosesan data. Masalah
yang dihadapi komputer generasi ini ialah, ia menghasilkan haba dengan
kuantiti banyak yang boleh merosakkan komputer itu sendiri. Malah tiub
vakum ini sendiri mudah terbakar. Contoh komputer pada generasi ini
ialah, ENIAC. Komputer ini mempunyai timbangan sehingga 30 ton,
mempunyai ~18 000 tiub vakum, memenuhi ruang 30 sehingga 50 kaki dan
menggunakan sekurang-kurangnya 16 000 watt tenaga elektrik.
![]() |
Tiub Vakum |
![]() |
Transistor |
Generasi Kedua (1956-1963)
Transistor mula digunakan menggantikan tiub vakum dalam sistem komputer.
Transistor ialah peralatan bersaiz kecil yang memindahkan signal
elektronik melalui perintang (resistor). Satu transistor
berfungsi menyamai 40 tiub vakum. Ia tidak menghasilkan haba dengan
kuantit yang banyak dan kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding
tiub vakum. Ia lebih pantas, murah dan kecil berbanding tiub vakum
menjadikan komputer pada generasi ini lebih pantas, kecil dan lebih
dipercayai.
![]() |
Contoh IC |
Generasi Ketiga (1964-1971)
Pada generasi ini, pembuat komputer mula mengantikan transistor dengan litar bersepadu atau lebih dikenali sebagai IC (intergrated circuit).
Ia adalah sejenis litar elektronik lengkap yang terbina di atas cip
silikon yang dipanggil sebagai semikonduktor. Sudah semestinya komputer
pada zaman ini lebih kompak dan lebih dipercayai berbanding komputer
dari generasi kedua. Pada zaman ini, sistem operasi (operating system) mula menampung pelaksanaan tugas serentak (multi-task).
Dikatakan juga komputer mula digunakan secara meluas pada zaman ini
kerana saiz yang semakin kecil dan semakin murah berbanding generasi
sebelumnya.
Intel 4004 |
Generasi Keempat (1971-Sekarang)
Mikropemproses (microprocessor) mula diperkenalkan di mana,
terdapat ribuan IC dibina di atas satu cip silikon. Apa yang ada pada
generasi pertama yang memenuhi ruang seluas 30-50 kaki, kini dipadatkan
ratusan kali ganda. Antara mikropemproses yang diperkenalkan pada
permulaan generasi ini ialah cip Intel 4004. Segala-galanya diletakkan dalam satu cip.
Generasi Kelima (Sekarang – Akan datang)
Ia berdasarkan kecerdasan buatan (artificial intelligence –AI).
Masih dalam pembangunan, namun telah diterapkan ke dalam beberapa
peralatan elektronik pada hari ini. Contohnya, pengaplikasian Siri pada telefon pintar iPhone 4S milik Syarikat Apple.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar